Mohd Hafiz bin Rashid
dilahirkan pada 14 Ramadan 1406 bersamaan 23 Mei 1986 di Kampung Langgar, Kota Bharu, Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Pusat Asuhan Anak-anak Islam Kubur Maras dan kemudiannya memasuki alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Langgar dari tahun 1993-1998. Melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di SMU(A)Maahad Muhammadi Lelaki dari tahun 1999-2004 dan seterusnya ke Pusat Matrikulasi UIAM, Petaling Jaya. Pada tahun 2007, 5 Julai, selepas majlis ikrar, secara rasminya menjadi pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang kejuruteraan, pengkhususan dalam bidang bioteknologi.