Tuesday, March 17, 2009

Sahabat...

Sudah agak lama aku tidak mendengar lagu Sahabat dendangan Bro. Amar..Satu ketika dulu, seorang daripada rakanku pernah memberitahuku bahawa dia amat menyukai lagu ini dan pernah ketika mendengar lagu ini melalui radio siaran IKIM.fm, dia menhantar message kepadaku mengatakan dia menujukan khas lagu ini kepadaku..Selepas kejadian itu, tatkala aku mendengar lagu ini, aku akan teringatkannya..Itu hanyalah cerita lama yang masih terlekat di dalam kotak fikiranku..Sekarang dia sudah tiada lagi dalam hidupku...Aku doakan semoga dia berbahagia selamanya...

Sahabat...

Ingin aku singkap kembali
Kenangan lama agar bersemi
Ingin ku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi

Ingatlah aku sebagai rakan mu
Kenanglah aku dalam doa mu
Begitu indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai teman ku

Apabila engkau terjaga
Satukanlah harapan ku dengan mu
Kerana ianya bakal berpadu
Mimpi si penunggu yang setia

Layarkanlah impian doa mu
Sesungguhnya aku masih mengingati mu
Sebagai kawan rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah

Ku doakan kepada mu
Agar bahagia di dunia dan akhirat

Saturday, March 14, 2009

Sabarlah wahai hati...

Aku merasakan hidupku sunyi..Aku merasakan jiwaku kosong..Aku terasa lemah yang teramat sangat minggu ini..Secara jujurnya aku tiada mood untuk study pada minggu ini.. Aku tidak bersemangat untuk menelaah pelajaran..Ya Allah, kuatkanlah semangatku, pulihkannya seperti sediakala..Kenapa ini terjadi pada diriku?? Hatiku ini sebenarnya terlalu rindu kepada keluarga di kampung..Ya..rindu yang teramat sangat..Sudah terlalu lama tidak balik menjenguk keluarga di sana..Betullah kata sahabatku..Hati dan fikiranku berada di kampung..Hatiku memendam rindu yang teramat banyak..Aku perlu pulang untuk meleraikan rindu ini tetapi bagaimana?? Masaku amat terbatas sekarang..Hujung minggu dipenuhi dengan menyiapkan assignment, report lab dan replacement class..Sabarlah wahai hati!!! Bersabarlah untuk sebulan yang akan datang..Hanya sebulan!! Malulah aku jika tidak dapat bersabar dan menahan rindu hanya untuk waktu yang singkat..Aku hanya perlu bersabar menahan rindu pada keluarga untuk mencari setitis ilmu sedangkan ramai tokoh terkenal di dunia ini telah menghadapi berbagai macam dugaan yang datang terus menerus, bagaikan air dingin yang menitis di atas kepala mereka tetapi mereka tetap bersabar dan daya tahanan mereka tetap kukuh bagaikan kukuhnya sebuah gunung di atas muka bumi ini..MOHD HAFIZ BIN RASHID, malulah dirimu jika tidak dapat bersabar dengan dugaan yang amat kecil ini!!! Wahai hati, bersabarlah!!! Janganlah dirimu mengikuti orang munafik yang betapa rendahnya semangat dan tekad mereka yang diantaranya mereka berkata:

“…janganlah kamu sekalian berangkat (pergi berperang) di dalam panas terik ini..” (At-Taubah : 81)

”…berilah kami izin (tidak pergi berperang) dan janganlah menjadikan kami terjerumus ke dalam fitnah…” (At-Taubah : 49)

Aku berharap minda, semangat dan jiwaku akan pulih untuk mengharungi perjuangan untuk mencari setitis ilmu pada hari yang mendatang…Semoga kesabaran milikku…

“Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik” (Al-Ma’arij : 5)
“…dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu…” (Luqman : 17)
“…bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-sedia (di perbatasan negerimu)…” (Al-‘Imran: 200)


Fizrash,
J3.1,
Mahallah Zubair Al-Awwam,
IIUM
12.26 a.m
14 Mac 2009

Monday, March 9, 2009

Maulidur Rasul...

Hari ni, 9 Mac 2009 aku bangun agak lewat hari ni, kira2 kul 11..badan agak tidak sedap hari ni dengan tekak terasa pedih..terasa lemah semacam je..hari ni cuti sempena dengan sambutan maulidur rasul..mujur juga cuti..kalau tak, mmg ponteng kelas la nampaknya coz badan yang tak berapa ok ni..aku menguatkan diri untuk bangun dan membersihkan diri kemudian membancuh kopi dan memakan roti untuk mengalas perut..terasa badan ok sikit lepas bersarapan, aku terus membasuh pakaian serta lab coat yang kotor terkena ape pun tak tau..mungkin bahan kimia ketika aku membuat eksperimen..usai membasuh, aku terus mendengar mp3 yang terdapat di dalam PC..ketika memilih lagu nasyid, aku teringat akan sebuah lagu nasyid nyanyian kumpulan in-team, Pemergianmu..aku terus klik pada lagu tu and mendengarnya dengan penuh khusyuk..liriknya terlalu menyentuh jiwaku..Salam Maulidur Rasul...

Pemergianmu
Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


(Ya Rasulallah...)

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia ?kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu


Senilagu : Frizdan Senikata : Frizdan Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.
Penerbit : Fizarahman Zainal Susunan Muzik : Firdaus Mahmud

Sunday, March 1, 2009

Mabruk...

Baru-baru ni aku telah menerima dua perkhabaran yang mengembirakan daripada dua orang kenalanku..Masing2 membawa berita pernikahan mereka..Tahniah diucapkan kepada rakan sekolah rendahku, Siti Shalwani dan seniorku di UIAM, Kak Dayah..Majlis perkahwinan Shalwani akan berlangsung pada 30 Mei 2009 manakala majlis perkahwinan Kak Dayah pula pada 25 April 2009..Mabruk diucapkan kepada kedua-duanya..Semoga bahagia milik kalian dan zauj selama-lamanya dan mendapat keturunan yang soleh dan solehah..Ameen...


Pendrive Kingston 8gig

Assalamualaikum..

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pendrive kingston 8gig model DT100 atau DT 101 dengan harga RM43, bolehlah menghubungi saya di talian 0179808994 atau menghantar emel ke fizras_86@yahoo.com..Harga pendrive ini di pasaran Lowyat sekarang mencecah RM52..Stok terhad..

Cuti hujung minggu..

Agenda aku pada hari minggu ini bermula pada jam 9 pagi..Selesai menyiapkan diri, aku terus turun ke garaj motor untuk mencuci motor kesayanganku, DBK 390..Tepat pukul 10.05, aku terus menghidupkan enjin motor dan menuju ke UNIKL-BMI untuk menghantar Syuk ke Greenwood untuk menaiki bas ke Kota Bharu. Kemudian aku patah balik ke UIA dah bersiap ala kadar untuk memulakan agenda yang ketiga..Setelah bersiap, aku terus menaiki motor menuju ke MRR2 dan seterusnya ke UPM Serdang..Sekitar pukul 11.30, aku selamat sampai di Kolej Kediaman Kedua UPM untuk mengambil Faqimi.. Seterusnya kami bertolak ke Nilai untuk bertemu rakan-rakan ex-SMU(A) Maahad Muhammadi Lelaki yang kini belajar di USIM..Kami bertemu Aizat atau lebih dikenali dgn SPYJAK di kampus USIM..Dia membawa aku dan Faqimi bersiar-siar di sekitar USIm..Kemudiannya kami ke Nilai 3 untuk bertemu rakan lamaku yang tinggal di hostel USIm yang dikenali dgn nama Nilam Court dan seterusnya ke Sutera Indah di mana Fadzlan, Abrari dan Aizat mendiaminya..Usai solat Zohor di bilik Fadzlan, kamu seterusnya di bawa ke Pasar Nilai 3. Banyak kedai yang menjual aksesori rumah, perabot, karpet dan kain..Aku dan rakan2 hanya bersiar2 sahaja kerana tiada apa yang menarik bagi kaum lelaki di sana..Bagiku tempat itu hanya tempat bagi kaum Hawa sahaja..Hehehe..Kali ini Faqimi yang menunggang motorku dan aku hanya membonceng di belakang kerana penat setelah berjalan jauh.. Selepas itu Fadzlan membawa kami ke kedai makan..Katanya mee sup di situ best..Aku tidak sempat merasai mee sup itu kerana aku tinggalkan mereka di kedai itu dan untuk ke Centre for Foundation Studies IIUM, Nilai Campus untuk bertemu kenalanku..Tepat jam 5 petang, aku dan Faqimi meminta diri untuk pulang kerana Faqimi telah berjanji dengan Yirozamir untuk menyerahkan tiket bas yang dikirim oleh Yirozamir di Stesen Bas Kajang..Kami berhenti solat Asar di Masjid Al-Hasanah, Bangi..Usai solat, hujan mula turun renyai-renyai..Dalam perjalanan ke Stesen bas Kajang, hujan mulai lebat memaksa kami berhenti teduh di stesen minyak.. Alhamdulillah sekitar jalm 7.15 petang, hujan mulai reda..Kami kemudiannya meneruskan perjalanan..Sesudah sampai di stesen bas, kami menunaikan solat maghrib di surau stesen bas dan menunggu Yiro sampai..Setelah berjumpa Yiro dan menyerahkan tikat bas, aku dan Faqimi menuju ke Restoran Sate Kajang..Lapar punya pasal, aku makan dengan bersungguh..Alhamdulillah kerana perut telah diisi penuh..Hehehe..Kemudiannya aku menghantar Faqimi ke UPM dan menyambung perjalanan menuju ke UIAM..Alhamdulillah tepat jam 10.30, aku selamat sampai di Mahallah Zubair, J3.1..






FizRash,
J3.1,
Mahallah Zubair Al-Awwam,
IIUM.