Tuesday, March 17, 2009

Sahabat...

Sudah agak lama aku tidak mendengar lagu Sahabat dendangan Bro. Amar..Satu ketika dulu, seorang daripada rakanku pernah memberitahuku bahawa dia amat menyukai lagu ini dan pernah ketika mendengar lagu ini melalui radio siaran IKIM.fm, dia menhantar message kepadaku mengatakan dia menujukan khas lagu ini kepadaku..Selepas kejadian itu, tatkala aku mendengar lagu ini, aku akan teringatkannya..Itu hanyalah cerita lama yang masih terlekat di dalam kotak fikiranku..Sekarang dia sudah tiada lagi dalam hidupku...Aku doakan semoga dia berbahagia selamanya...

Sahabat...

Ingin aku singkap kembali
Kenangan lama agar bersemi
Ingin ku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi

Ingatlah aku sebagai rakan mu
Kenanglah aku dalam doa mu
Begitu indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai teman ku

Apabila engkau terjaga
Satukanlah harapan ku dengan mu
Kerana ianya bakal berpadu
Mimpi si penunggu yang setia

Layarkanlah impian doa mu
Sesungguhnya aku masih mengingati mu
Sebagai kawan rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah

Ku doakan kepada mu
Agar bahagia di dunia dan akhirat

No comments:

Post a Comment