Wednesday, June 24, 2009

Salam...

Salam 'alaik..alhamdulillah syukur kepadaNYA sebab aku masih lagi dapat meneruskan hidup di dunia yang sementara ni dan masih la diberi dua nikmat yang terbesar..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..pagi semalam, aku baru sahaja selesai menjawab satu paper exam..kini menanti untuk menjawab last paper pada petang jumaat ni, 26 june 2009..perasaan takut untuk menghadapi paper exam dan perasaan suka untuk pulang ke kampung halaman sama banyak..harap kawan2 dapat doakan aku dapat menjawab exam dengan tenang dan dapat pulang ke kampung halaman dengan selamat..

sekarang ni hati dah rasa malas nak study..ramai kawan2 yang dah abis exam..siap pergi tgk movie transformers yang baru kot kat panggung..aku pula duk kat bilik membelek2 buku teks yang kekadang tak paham ntah ape2 tapi aku buat2 paham je..hehehe..esok rancangnya nak kemas bilik and simpan barang2 dalam stor and terus check out bilik..nak buat hari jumaat, takut tak sempat sebab aku nak balik malam tu..so, better kemas awal2..hihihi..tak sabar nak balik sebenarnye..bila dah kemas bilik and barang2 tu, baru lebih terasa untuk balik kampung..hahaha..manja tul..

cuti ni plak, aku dah ada rancangan..terpaksa jadi tourist guide untuk kawan yg datang dari sarawak and singapore..tapi mungkin kejap je kot..then jumpa kawan2 sekolah rendah time hari terbuka sekolah kebangsaan langgar this july 1st..tak sabar nak jumpa kawan2 lame..ada yg dah kahwin, dah kije, baru grad..but i'm still tak grad2..sabor je la..hehehe..pastu nak gi BBQ dengan kawan2 skolah maahad lak..ish2..enjoy je cuti2 ni..biasa la kan..time cuti la nak enjoy jumpa kawan2...

ape la yg dah aku mengarut ni..aku saje je boring..tu sebab mengarang ntah ape2..dah takde idea ni..ape2 hal, harap kawan2 doakan aku dapat jawab soalan exam and selamat pulang ke kampugn halaman..k lah..setakat ni dulu..salam 'alaik...

Fizrash,
E2.3,
Mahallah Zubair Al-Awwam,
IIUM

Sunday, June 7, 2009

Kesunyian menjelma lagi..


Salam 'alaik..hari ni 7 Jun 2009, hari Ahad dan merupakan cuti minggu bagi Selangor, KL dan seangkatan dengannya..Hari ni aku bangun agak lewat selepas "tertidur" after solat Subuh..ada 'ter' nampak la cam tak sengaja sket..hehehe..aku kemudiannya terus menyegarkan diri dan kemudiannya breakfast dengan teh krimer and roti kosong..

Tertanya2 dalam hati ni nak wat ape la hari ni..Nak pergi Genting dengan akakku yang datang dari KB, dia tak bagi coz semua kawan2nya perempuan and nak stay kat sana untuk 2 hari..Msg kawan2 lak, takde respon..Maka tanpa segan silu, aku terus je on PC buruk ni and chat..Punye la ramai plak kawan2 chat pagi ni sampai tak menang tangan nak rep..org femes la katakan..hehehe..(peras santan tul)..

Sehingga saat ni, aku still duk depan PC except pergi makan and solat jew sebentar tadi..mmg terasa sunyi and bosan yang teramat sangat..ditambah pula sekarang ni roommate foreigner ni tgh masak dengan rakan2nya..ape lagi..mula la bau rempah-ratusnya yang menyakitkan hidungku ni dan telingaku yang mendengar perbualan mereka cam bercakap dalam jarak 200 meter..sabo je la..huhuhuhu...

Saturday, June 6, 2009

Melakar Cinta di Pintu Syurga...

FarEast dan Nassier Wahab

Berdirinya aku di daerah zulumat,
Mengutip titis doa di malam rahmat,
Bersama renai kasih yang menguyur,
Ingin melakar cinta di syurga,

Sesungguhnya cinta yang ku galas dulu,
Hanya cinta semusim wangi sekejap,
Harumnya takkan sampai ke penghujung,
Indah mekarnya hanya di kuntum,

Sedangkan taman-Mu amat indah,
Tiap penghuninya dikurniai rahmat,
Datang berbekal amalan,
Tanpa sepalit noda,

Setelah kian lama mengatur, jejak langkah,
Makin fasih mentafsir liku hidup,
Diri terlepas bebas dan leka tanpa batas,
Bagai menabur benih sang hilalang,

Bendang-terbendang
Hampar padinya,
Dimusnahi bena,
Aku yang terpedaya….

Hijrahkan aku dengan hati putih,
Kembali berpaut pada akal budi,
Pasrah bersujud dibawah naungan,
Langit kesedaran,


Setelah kian lama mengatur, jejak langkah,
Makin fasih mentafsir liku hidup,
Diri terlepas bebas dan leka tanpa batas,
Bagai menabur benih sang hilalang,

Bendang-terbendang
Hampar padinya,
Dimusnahi bena,
Aku yang terpedaya….

Hijrahkan aku dengan hati putih,
Kembali berpaut pada akal budi,
Pasrah bersujud dibawah naungan,
Langit kesedaran..


Carilah Cinta

Carilah cinta yang sejati
Yang ada hanyalah padaNYA
Carilah cinta yang hakiki
Yang hanya padaNYA Yang ESA

Carilah cinta yang abadi
Yang ada hanyalah padaNYA
Carilah kasih yang kekal selamanya
Yang ada hanyalah pada TUHANmu

Di dalam mencari cinta yang sejati
Banyaknya ranjau kan ditempuhi
Di dalam mendapat cinta yang hakiki
Banyaknya onak yang diredahi

Namun janjiNYA
Kepada hambaNYA
Tidak pernah dimungkiri
Dan tidak pernah melupakanmu
Yakinlah kepada TUHANmu
Kerna DIAlah cinta hakiki


Tinggal Kenangan...

Pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu

oh bintangku
jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
kini kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu

oh kekasih
jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
kini kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu

oh kekasih
pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu

oh bintangku
jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
kini kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu

oh kekasih


-Lagu ini dinyanyikan oleh Geby..aku pun tak tau sape Geby ni..my fren yang suh aku download lagu ni drpd internet..bila dengar je, terus addicted to this song..aku pun tak tau knape..mungkin liriknya ada serba sikit kaitan dengan diriku kot..hehehe..tapi selalunya aku tak pernah layan sangat lagu2 indonesia ni tapi lagu ni ok je kat telinga aku..kalau bukak PC mesti aku layan lagu ni..ntah la..pelik2...

Sanah Helwah!!!

Salam 'alaik..bertemu lagi kita di alam maya ni..Di sini aku nak ucapkan Sanah Helwah, Happy Birthday, Selamat Hari Lahir kepada rakan2 ku yang menyambut Hari Jadi pada hari ni, 6 Jun 2009, esok 7 Jun 2009 dan lusa 8 Jun 2009..Semoga dengan bertambahnya usia kalian dapat mematangkan lagi idea dan fikiran kalian untuk membawa Islam ke puncak tertinggi..Semoga berbahagia di hari ulangtahun kalian dan semoga ceria, berbahagia dan berjaya dunia akhirat from me, Mohd Hafiz bin Rashid..


Cuti weekend..

Salam 'alaik..

Alhamdulillah sekali lagi aku bersyukur kepadaNYA coz still dapat menghirup udara di persinggahan yang sementara ini..Pagi ini aku mulakan kerja pertama selepas kerja yang wajib padaNYA dengan membasuh kain selepas kuar makan nasi lemak kat Sungai Pusu(makan sorang2 jek..takde teman)..wah3!!! rajin tul..anak sape la ni..hehehe..tapi mesti kantoi lepas ni sebab aku basuh dengan washing machine je..hahaha..jatuh saham..aku kemudiannya mendapat panggilan daripada ayahku menyatakan sepupuku baru je meninggal dunia kerana kemalangan...Innalillah..Hal ni menyebabkan aku terfikir sejenak..Sepupu aku tu masih muda, DIA dah tarik nyawanya..sudah cukupkah amalanku jika DIA mencabut nyawaku dari jasad ini sekarang??aku rasa masih tidak cukup lagi amalanku untuk membawaku ke Syurga yang kekal abadi...Insyaallah akan dipertingkatkan amalan ni dari masa ke semasa..kepada rakan2ku, tolonglah sedarkan aku dan nasihatilah aku jika aku tersasar dari jalan yang diredhaiNYA...then sambil tunggu siap basuh baju, aku mandikan 'kekasih gelapku' plak..yang ni aku basuh sendiri ek..dah tak guna washing machine..tapi kalau la ada washing machine untuk motor, confirm la aku sumbat dalam washing machine gak motor tu..hehehe...30 minit kemudiaannya, kerja aku pun settle..tinggal nak sidai baju la plak..nampak cam mendung je..tapi mujur la skarang dah panas sket..skarang ni terasa boring plak..tak tau nak watpe..nak study, rasa malas lak coz baru je abis midterm exam..mungkin aku akan keluar jalan2 kalau ada member yg ajak..kalau takde, nampaknye mengadap PC buruk ni je la..huhuhu..aku dah takde idea nak tulis ape..Sampai di sini dulu..

Fizrash,
E2.3,
Mahallah Zubair al-Awwam
IIUM

Wednesday, June 3, 2009

Al-Quran Berjalan:Rahmat Bagi Sekalian Alam


Alhamdulillah..sudah sekian lama nak beli buku ni tapi selalu je ada halangan..tak cukup duit la..buku takde stok la..macam2 lah..tapi akhirnya aku berjaya juga mendapatkan buku ni..Syukur padaNYA..

Harapan aku dapat habiskan baca buku ini dalam masa yang singkat..Semoga ada masa untuk buku ini..Insyaallah...

I'm back..

Assalamualaikum..

Sudah agak lama aku biarkan blog ni kesunyian tanpa meng'update' post terbaru..Memang betul la kata salah seorang rakanku..Hangat-hangat tahi ayam je..hehehe..tapi bagi aku, bukan hangat-hangat tahi ayam tapi kerana masa tidak mengizinkan kerana memenuhi jadual kelas and assignment serta quiz yg padat untuk sesi semester pendek ini..Petang semalam sahaja aku baru je selesai menjawab midterm exam..lagi satu paper, petang esok pulak..harap2 dapat menjawab dengan tenang..insyaallah..

Di sini aku ingin berkongsi pengalaman menunggang motosikal yang merupakan kekasihku untuk pulang ke rumahku di Kota Bharu dari IIUM Gombak pada hari minggu yang lalu..Dengan semangat yg nekad ditambah dengan perasaan rindu pada family, aku bertolak jam 12.30pm hari jumaat..Dengan lafaz Bismillah, aku terus memasuki highway menuju ke Karak..Perhentian pertama aku kat stesen Petronas yang besar tepi highway selepas R&R Genting Sempah..Kemudian aku teruskan perjalanan sehingga ke bandar Bentong..Jalan di bandar Bentong agak sibuk memandangkan ketika itu waktu tengahhari..perlahan2 aku menunggang 'kekasihku' menuju ke Raub dan seterusnya ke Kuala Lipis..

Sampainya di Kuala Lipis, barulah aku msg akak aku bagitau aku on the way balik KB..Mau tak terkejut dia baca msg aku..hehehe..Terus je dia call and marah2..tapi aku faham dia marah2 sayang je kat aku..aku kan adik bongsu kesayangan dia..(peras santan tul mamat ni)..Ok..aku teruskan cite k..dari Kuala Lipis, aku terus menuju ke Merapoh..Ketika sampai di Bukit Tujuh ke ape namanya tempat bukit tinggi yang lori selalu merayap cam kura-kura tu, terasa sejuk je angin di situ..tenang betul rasanya..Selepas je sampai di Merapoh, hatiku melonjak2 gembira..mane tak nya..dah nak masuk sempadan negeri Kelantan..Aku kemudiannya berhenti rehat dan solat di Masjid Gua Musang..Jam ketika itu menunjukkan pukul 4..

Usai solat and rehat untuk meregangkan urat, aku meneruskan perjalanan menuju ke Kuala Krai..(memori tul tempat ni..kenapa??ada la..) Dari Gua Musang ke Kuala Krai, minyak motor aku hampir empty..cari stesen minyak takde lak..jarak ke Kuala Krai ada lagi dalam 20km..time tu mmg bimbang takut tak sempat..tapi Alhamdulillah aku sempat juga sampai di stesen minyak SHELL kira2 2km dari Kuala Krai..After rehat kejap, aku teruskan perjalanan..Hati dah melonjak gembira time tu coz dah nak sampai KB..Wajah family terus terbayang dalam fikiranku..yang paling happy nak jumpa DAMIA...hehe..Alhamdulillah jam 6.40pm, aku selamat sampai kat umah..fuh..sakit jugak la belakang ni tapi best..mmg satu pengalaman yang menarik..before ni my mum selalu ejek aku ni lembutlah, lembiklah and macam2 lagi..sekali aku balik tunggang motor, terus je senyap..hehehe..mmg satu kerja yang gila balik on the spot dengan motor but its really nice experience..

Malam tu, ape lagi..tak dapat tido den coz tangan ni lenguh..padan muka den..hahaha..esoknya hari Sabtu, aku kuar awal pagi untuk berjumpa sahabatku di KBMALL...Dapat hadiah sehelai T-Shirt drpd sahabtku sempena my birthday last May 23..Nice shirt my fren..Thanks a lot..lama juga kitorang lepak2 kat sana till jam 1 lebih..Then aku ke rumah kawan sekolah rendahku untuk memenuhi undangan perkahwinannya..Tahniah untuk Siti Shalwani bt Zakaria dan suaminya..name ape aku tak ingat..tapi rasa2nya Sakimi ke ape..sorry Wani..nanti reunion aku berkenalan betul2 dengan ur hubby..Pagi Ahad, jam 8am, aku terus bertolak ke IIUM Gombak melalui jalan sama yang aku lalui untuk pulang ke KB..Alhamdulillah jam 2.30pm, aku selamat sampai di IIUM Gombak..

Fizrash,
E2.3,
Mahallah Zubair Al-Awwam
IIUM