Saturday, June 6, 2009

Cuti weekend..

Salam 'alaik..

Alhamdulillah sekali lagi aku bersyukur kepadaNYA coz still dapat menghirup udara di persinggahan yang sementara ini..Pagi ini aku mulakan kerja pertama selepas kerja yang wajib padaNYA dengan membasuh kain selepas kuar makan nasi lemak kat Sungai Pusu(makan sorang2 jek..takde teman)..wah3!!! rajin tul..anak sape la ni..hehehe..tapi mesti kantoi lepas ni sebab aku basuh dengan washing machine je..hahaha..jatuh saham..aku kemudiannya mendapat panggilan daripada ayahku menyatakan sepupuku baru je meninggal dunia kerana kemalangan...Innalillah..Hal ni menyebabkan aku terfikir sejenak..Sepupu aku tu masih muda, DIA dah tarik nyawanya..sudah cukupkah amalanku jika DIA mencabut nyawaku dari jasad ini sekarang??aku rasa masih tidak cukup lagi amalanku untuk membawaku ke Syurga yang kekal abadi...Insyaallah akan dipertingkatkan amalan ni dari masa ke semasa..kepada rakan2ku, tolonglah sedarkan aku dan nasihatilah aku jika aku tersasar dari jalan yang diredhaiNYA...then sambil tunggu siap basuh baju, aku mandikan 'kekasih gelapku' plak..yang ni aku basuh sendiri ek..dah tak guna washing machine..tapi kalau la ada washing machine untuk motor, confirm la aku sumbat dalam washing machine gak motor tu..hehehe...30 minit kemudiaannya, kerja aku pun settle..tinggal nak sidai baju la plak..nampak cam mendung je..tapi mujur la skarang dah panas sket..skarang ni terasa boring plak..tak tau nak watpe..nak study, rasa malas lak coz baru je abis midterm exam..mungkin aku akan keluar jalan2 kalau ada member yg ajak..kalau takde, nampaknye mengadap PC buruk ni je la..huhuhu..aku dah takde idea nak tulis ape..Sampai di sini dulu..

Fizrash,
E2.3,
Mahallah Zubair al-Awwam
IIUM

No comments:

Post a Comment