Wednesday, June 24, 2009

Salam...

Salam 'alaik..alhamdulillah syukur kepadaNYA sebab aku masih lagi dapat meneruskan hidup di dunia yang sementara ni dan masih la diberi dua nikmat yang terbesar..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..pagi semalam, aku baru sahaja selesai menjawab satu paper exam..kini menanti untuk menjawab last paper pada petang jumaat ni, 26 june 2009..perasaan takut untuk menghadapi paper exam dan perasaan suka untuk pulang ke kampung halaman sama banyak..harap kawan2 dapat doakan aku dapat menjawab exam dengan tenang dan dapat pulang ke kampung halaman dengan selamat..

sekarang ni hati dah rasa malas nak study..ramai kawan2 yang dah abis exam..siap pergi tgk movie transformers yang baru kot kat panggung..aku pula duk kat bilik membelek2 buku teks yang kekadang tak paham ntah ape2 tapi aku buat2 paham je..hehehe..esok rancangnya nak kemas bilik and simpan barang2 dalam stor and terus check out bilik..nak buat hari jumaat, takut tak sempat sebab aku nak balik malam tu..so, better kemas awal2..hihihi..tak sabar nak balik sebenarnye..bila dah kemas bilik and barang2 tu, baru lebih terasa untuk balik kampung..hahaha..manja tul..

cuti ni plak, aku dah ada rancangan..terpaksa jadi tourist guide untuk kawan yg datang dari sarawak and singapore..tapi mungkin kejap je kot..then jumpa kawan2 sekolah rendah time hari terbuka sekolah kebangsaan langgar this july 1st..tak sabar nak jumpa kawan2 lame..ada yg dah kahwin, dah kije, baru grad..but i'm still tak grad2..sabor je la..hehehe..pastu nak gi BBQ dengan kawan2 skolah maahad lak..ish2..enjoy je cuti2 ni..biasa la kan..time cuti la nak enjoy jumpa kawan2...

ape la yg dah aku mengarut ni..aku saje je boring..tu sebab mengarang ntah ape2..dah takde idea ni..ape2 hal, harap kawan2 doakan aku dapat jawab soalan exam and selamat pulang ke kampugn halaman..k lah..setakat ni dulu..salam 'alaik...

Fizrash,
E2.3,
Mahallah Zubair Al-Awwam,
IIUM

No comments:

Post a Comment