Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadan

Alhamdulillah... Hari ni dah 1 Ramadan..Semalam alhamdulillah dapat solat terawih berjemaah kat Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM..Aku amat bersyukur sangat2 coz still dapat menemui Ramadan pada tahun ni and aku berdoa agar dapat melalui bulan yang penuh barakah ini hingga ke penghujungnya dan dapat meningkatkan ibadahku kepadaNYA ..Insyaallah..

Pagi tadi semasa bersahur, akak aku yang ada kat umah membuat panggilan video 3g..Sengaja nak bagi aku jeles coz semua ada kat umah kecuali aku dan abgku..Betapa gembiranya mereka dapat bersahur bersama2 sedangkan aku hanya bersahur dengan kawan2 je..kira ok la tu drpd bersahur sorang2.

Akhir sekali, aku ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan semoga ibadah kita lebih bertambah untuk mengejar ganjaran yang dijanjikanNYA..

Harapan Ramadhan
Album : Maafkan
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


FizRash
Cyber cafe,
Mahallah Zubair al-Awwam,
IIUM

Monday, August 17, 2009

Thanks a lot...

Salam 'alaik..

Kat sini aku just nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada sahabatku kerana telah menghadiahkan sebuah buku berkaitan solat sunat bertajuk Solat Sunat Pilihan tulisan Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, terbitan Telaga Biru..

Pagi tadi selepas kelas, aku terus ke mahallah(hostel) office untuk mengambil buku ini yang dikirim melalui pos ekspress daripada temanku ini..Terharu rasanya apabila mendapat buku ini coz jarang kawan-kawanku menghadiahkan buku seumpama ini kepada..

Kepada sahabatku, aku tidak akan sia-siakan buku ini..thanks a lot, my fren..bertambah satu lagi koleksi buku aku..alhamdulillah...





FizRash
F3.2,
Mahallah Zubar al-Awwam,
IIUM

Sunday, August 16, 2009

Warkah buat hawa

Hawa,

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,

Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu , ingatlah hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disususli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa…

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tdak menilai wanita melalui keayuannya, kemajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu hawa,

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu , kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongna jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu , cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa…..

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.



dipetik daripada http://www.iluvislam.com

Khas untuk ummuhirrah... ",)

Disebabkan ummuhirrah ( Cik Ct ) tak dapat nak bayangkan keadaan katil kat Mahallah Zubair, IIUM, aku dengan segan silunya mengambil gambar katil aku selepas dikemas sedikit..hehehe..So, tak perlu la ummuhirrah nak imagine ye sebab dah nampak kan??hehehe..Saje je upload pic ni..tak tau nak watpe..



Begini la keadaan katil dan meja di Mahallah Zubair, IIUM


Ni plak katil aku..hehehe..Segan tul..

Saturday, August 15, 2009

Tournament Bowling BESTA (Biotechnology Engineering Society)

Tournament ni diadakan pada 15 Ogos 2009. Aku mula berkumpul di Blok E4 Kuliyyah Engineering pada pukul 10.15 pagi bersama2 peserta yang lain. Pada jam 10.45, kami mula bertolak ke Selayang Mall di mana tournament ini akan diadakan. Aku just follow dengan motor kesayanganku coz tak tahu di mana terletaknya Selayang Mall. Aku ni jenis yang kurang berjalan sket..Tu sebab tak tahu mane tempat tu..Pada jam 11.10, kami sampai di tempat kejadian, iaitu Selayang Mall..

Tournament ni disertai oleh 10 team terdiri daripada senior, junior dan 2 orang pensyarah..Dr. Hamzah dan Dr. Irwandy..(betul ke eja nama ni??kalau salah, maafkan aku ek..hehehe) dan 2 orang anak beliau..Aku satu team dengan seorang senior, Nik Suhaimi dan 2 orang junior, Wadi dan Zam..Pada game pertama, alhamdulillah kami berjaya mendapat 422, kurang 3 mata berbanding team Pensyarah dan anak mereka..bagaimanapun, bagi game kedua, nasib tidak menyebelahi team kami kerana hanya mampu meraih 325 mata..Mungkin kerana semua dah letih dan lapar memandangkan kami bertanding pada waktu tengahhari..

Best player untuk keseluruhan adalah Dr. Hamzah..Memang terer la beliau ni bermain..segan plak aku dengan dia..Team aku berjaya mendapat tempat ke-4 daripada 10 team..kira ok la tu ek..ape2 pun, tujuan kami join tournament ni bukan nak menang sangat..Just nak mengeratkan silaturrahim antara pelajar2 Biotechnology Engineering..tepat jam 2.15 petang, kami mula bertolak balik..




Zam dan Wadi



Gaya je lebih..



Aksi Zam melempar bola..



My team : Zam, Nik, Wadi dan aku



Sai injured..bukan coz main boling tetapi sebab terjatuh..



Sai menjerit bila kakinya diurut..



Senior2 yang telah menamatkan game datang melihat team aku..



Semuanya bersorak bagi sokongan meruntuhkan semangat..Huhuhu..



Senior..



Sai, Zam, Wadi dan Daud, Presiden BESTA..



Aku dan Dr. Irwandy



Aku dan senior..Gelap sket..



Team Sai bersama aku, Dr. Irwandy dan anaknya serta seorang senior..



Sai and her team menunggu keputusan perlawanan walaupun diorg tau team diorg kalah..Hehehe..



Keputusan diumumkan...



Dr. Hamzah..Best player keseluruhan...



Team Dr. Hamzah dan Dr. Irwandy..



Aku, Wadi dan Zam..


Selamat Tinggal..Jumpa lagi di lain program..Insyaallah...



FizRash
F3.2,
Mahallah Zubair,
IIUM

Friday, August 14, 2009

Biotechnology Engineering Lab II

Petang tadi, aku sampai lab lewat sikit drpd biasa coz singgah di cafe terlebih dahulu untuk makan tengahhari..Alkisahnya selepas solat jumaat, aku singgah di gerai buku yang dibuka sempena I-Fest..Aku ni pantang nampak ada orang jual buku..mula la nak singgah, tengok2 and belek2 buku2 yang ada..ada la terjumpa sebuah buku yang menarik tetapi disebabkan aku tertinggal beg duit, terpaksa la tangguhkan dulu..tanpa disedari, jam dah menunjukkan angka 2.40..maknanya ada 20minit je lagi sebelum lab bermula..aku terus balik ke bilik and bersiap untuk pergi lab..tapi masa nak turun tu, perut la berbunyi..so, terpaksa la ke cafe dulu..sampai lab dalam pukul 3.15..masuk2, wat muka selamba je, pakai lab coat then bukak manual..mujur la demostrator(betul ke eja ni??) tak marah..hehehe..

Hari ni kami buat experiment untuk determine the Concentration, Yield and Purity of DNA..Ni satu lagi hal..aku main ikut procedure dalam manual je coz tak paham ape2..Camne la nak paham..pergi lab tak baca dulu manual sebelum tu..mesti la tak paham ape2..Moral of the story nye, baca la lab manual dulu before buat experiment then datang awal untuk dengar briefing daripada demostrator..hehehe..Lepas buat experiment la baru paham sikit2 ape objective experiment ni..hehehe..hampeh tul..




My Room

Saje je boring tak tau nak watpe..Ni antara pic bilik aku..Tapi aku tak ambik pic katil..sebab katil aku kat bahagian atas meja..And then, segan lak nak tunjuk keadaan katil orang bujang..hahaha..


Rak Buku..

Meja study and komputer

Katil aku kat atas meja ni la..

Antara buku yang digunakan untuk sem ni..

Antara koleksi buku aku..Ada lagi kat umah..

Aish...Nasi goreng...

Semalam untuk iftar, aku dengan John berpakat nak goreng nasi..Start pukul 5.30, aku mula masak nasi dan goreng keropok keping yang dikirim oleh ma aku dari Kelate..Then, start kul 6.30, aku dengan John mula mengupas bawang, kisar and mula memasak..Chefnya sape lagi kalau bukan John..aku tolong mana2 yang patut je..Before azan maghrib, nasi goreng kosong+telur dah siap dimasak..Then, after solat maghrib, ape lagi..Aku terus menjamu selera dengan John, Zhafran, Jazuli and Azam..Best dapat makan ramai2 macam ni..

Nasi putih

John mula menumis..

Hasil idea John..


Nasi dah dicampur dan mula digoreng..

Thursday, August 13, 2009

Bisikan Nurani...

Kepada Bakal Zaujahku...Aku tujukan lagu ini khas buatmu...

lautan kematian ombak
tenang pantai tiada terusik
begitu tasik hatiku
sejak kehadiranmu

betapa aku hargai
anugerah syurga di dunia
doa kudus aku panjatkan
semoga dirahmati

telahpun ku syukuri
di dalam hidup ini
cinta suci kurniaan illahi

kejernihan wajahmu
sempurna pada pandanganku
kau kirana
keturunan terpilih
disanjung serta dihormati
kau permata
kesederhanaanmu
mengecap kekayaan dunia
kau mestika
ketaqwaan dirimu
itu yg merantai jiwaku

bukan aku memuji
apalagi memuja
salahkah kagumi
perhiasan duniawi

bisikan nuraniku
engkaulah pilihanku
akanku pertahankan
amanah suci ini..

Damia yang nakal

Semalam, akak aku singgah di UIA untuk memberi kamera kepadaku..Apabila aku tgk kamera tu, ada beberapa keping gambar anak saudaraku yang nakal, sape lagi kalau bukan Nur Damia Qaisya yang bucuk+nakal..Ni antara gambar2 nya..




Cute tak Damia?? Cam paksu dia kan..memang tak dapat dinafikan..hahaha..

Al-Fatihah

Al-Fatihah buat Ustaz Asri Rabbani yang telah pulang menemuiNYA pagi tadi..Aku mendapat berita ini ketika berada di dalam kelas..salah seorang rakanku menhantar msg yang amat menyedihkan ini..Aku terkedu ketika membaca msg ini..

Perginya seorang tokoh dakwah yang hebat,peramah,rendah diri,membantu...semoga rohnya dicucuri rahmat,ditempatkan di kalangan orang2 beriman...amin...al-fatihah untuk ustaz asri rabbani...

Wednesday, August 12, 2009

Memasak

Sem ni, aku hanya berdua sahaja dengan roommateku, Taufiq..Dua compartment kosong dijadikan stor dan dapur..Seminggu dua ni, asyik memasak je pada sebelah malam..paling cincai pun tumis maggi..

Paling best setakat ni, John masak ayam masak pedas special untuk aku and Taufiq berbuka puasa..memang mantap la John masak..terhidu bau pun dah meleleh air liur..Kalah orang perempuan masak..kalau korang tak percaya, nanti datang la cuba ye..hehehe..

Bulan Ramadhan bakal menjelma..Tak sabar nak memasak and iftar ramai2 dalam bilik yang sempit ni..hehehe..Pengalaman yg baik bagi aku coz dapat berdikari and belajar memasak drpd John..nanti nak cuba masak puding roti and puding berkuah..kalau kat umah, mmg selalu aku masak puding berkuah..kalau korang makan, mmg menjilat jari la jawabnya..hehehe..

Kepada anda yang perempuan tu, kena la belajar masak kalau tak pandai..malu la kat kami ni kalau korang tak pandai masak..hahaha..
Posing je ni..masaknya tak..

Ni lah tukang masak sebenar, John
Ni pun posing gak..Taufiq nyibuk je..