Wednesday, August 12, 2009

Kepada Bakal Zaujahku..


Kepada Bakal Zaujahku..

Demi semua yang aku jalani bersamamu..
Ku ingin engkau jadi milikku..
Ku ingin kau disampingku..

Tanpa dirimu..
Ku hanya manusia tanpa cinta..
Dan hanya dirimu yang bisa..
Membawa syurga dalam hatiku..

Ku ingin engkau menjadi milikku..
Aku akan mencintaimu..
Menjagamu selama hidupku..
Dan aku kan berjanji..
Hanya kaulah yang kusayangi..
Ku akan setia disini..
Menemani..

Kepada bakal Zaujahku..

Aku menerimamu seadanya..
Caramu, tutur katamu dan sikapmu..
Tidak perlu engkau mengubahnya keranaku..
Kerana aku menyayangimu hanyalah kerana agamamu..

Aku berterima kasih kepadamu kerana menerima aku seadanya..
Aku sedar akan kekurangan diri ini..
Kekurangan yang kadang-kala membuatkan aku terfikir aku tidak layak untukmu..
Namun engkau selalu memberi sokongan kepadaku..

Terima kasih bakal zaujahku..
Aku harapkan hubungan kita akan kekal selamanya..
Aku harapkan usaha kita berjaya..
Untuk mengecapi keluarga yang penuh mawaddah warahmah..




FizRash,
F3.2,
Mahallah Zubair Al-Awwam,
IIUM.

5.56pm

No comments:

Post a Comment