Saturday, August 15, 2009

Tournament Bowling BESTA (Biotechnology Engineering Society)

Tournament ni diadakan pada 15 Ogos 2009. Aku mula berkumpul di Blok E4 Kuliyyah Engineering pada pukul 10.15 pagi bersama2 peserta yang lain. Pada jam 10.45, kami mula bertolak ke Selayang Mall di mana tournament ini akan diadakan. Aku just follow dengan motor kesayanganku coz tak tahu di mana terletaknya Selayang Mall. Aku ni jenis yang kurang berjalan sket..Tu sebab tak tahu mane tempat tu..Pada jam 11.10, kami sampai di tempat kejadian, iaitu Selayang Mall..

Tournament ni disertai oleh 10 team terdiri daripada senior, junior dan 2 orang pensyarah..Dr. Hamzah dan Dr. Irwandy..(betul ke eja nama ni??kalau salah, maafkan aku ek..hehehe) dan 2 orang anak beliau..Aku satu team dengan seorang senior, Nik Suhaimi dan 2 orang junior, Wadi dan Zam..Pada game pertama, alhamdulillah kami berjaya mendapat 422, kurang 3 mata berbanding team Pensyarah dan anak mereka..bagaimanapun, bagi game kedua, nasib tidak menyebelahi team kami kerana hanya mampu meraih 325 mata..Mungkin kerana semua dah letih dan lapar memandangkan kami bertanding pada waktu tengahhari..

Best player untuk keseluruhan adalah Dr. Hamzah..Memang terer la beliau ni bermain..segan plak aku dengan dia..Team aku berjaya mendapat tempat ke-4 daripada 10 team..kira ok la tu ek..ape2 pun, tujuan kami join tournament ni bukan nak menang sangat..Just nak mengeratkan silaturrahim antara pelajar2 Biotechnology Engineering..tepat jam 2.15 petang, kami mula bertolak balik..




Zam dan Wadi



Gaya je lebih..



Aksi Zam melempar bola..



My team : Zam, Nik, Wadi dan aku



Sai injured..bukan coz main boling tetapi sebab terjatuh..



Sai menjerit bila kakinya diurut..



Senior2 yang telah menamatkan game datang melihat team aku..



Semuanya bersorak bagi sokongan meruntuhkan semangat..Huhuhu..



Senior..



Sai, Zam, Wadi dan Daud, Presiden BESTA..



Aku dan Dr. Irwandy



Aku dan senior..Gelap sket..



Team Sai bersama aku, Dr. Irwandy dan anaknya serta seorang senior..



Sai and her team menunggu keputusan perlawanan walaupun diorg tau team diorg kalah..Hehehe..



Keputusan diumumkan...



Dr. Hamzah..Best player keseluruhan...



Team Dr. Hamzah dan Dr. Irwandy..



Aku, Wadi dan Zam..


Selamat Tinggal..Jumpa lagi di lain program..Insyaallah...



FizRash
F3.2,
Mahallah Zubair,
IIUM

No comments:

Post a Comment