Wednesday, June 3, 2009

I'm back..

Assalamualaikum..

Sudah agak lama aku biarkan blog ni kesunyian tanpa meng'update' post terbaru..Memang betul la kata salah seorang rakanku..Hangat-hangat tahi ayam je..hehehe..tapi bagi aku, bukan hangat-hangat tahi ayam tapi kerana masa tidak mengizinkan kerana memenuhi jadual kelas and assignment serta quiz yg padat untuk sesi semester pendek ini..Petang semalam sahaja aku baru je selesai menjawab midterm exam..lagi satu paper, petang esok pulak..harap2 dapat menjawab dengan tenang..insyaallah..

Di sini aku ingin berkongsi pengalaman menunggang motosikal yang merupakan kekasihku untuk pulang ke rumahku di Kota Bharu dari IIUM Gombak pada hari minggu yang lalu..Dengan semangat yg nekad ditambah dengan perasaan rindu pada family, aku bertolak jam 12.30pm hari jumaat..Dengan lafaz Bismillah, aku terus memasuki highway menuju ke Karak..Perhentian pertama aku kat stesen Petronas yang besar tepi highway selepas R&R Genting Sempah..Kemudian aku teruskan perjalanan sehingga ke bandar Bentong..Jalan di bandar Bentong agak sibuk memandangkan ketika itu waktu tengahhari..perlahan2 aku menunggang 'kekasihku' menuju ke Raub dan seterusnya ke Kuala Lipis..

Sampainya di Kuala Lipis, barulah aku msg akak aku bagitau aku on the way balik KB..Mau tak terkejut dia baca msg aku..hehehe..Terus je dia call and marah2..tapi aku faham dia marah2 sayang je kat aku..aku kan adik bongsu kesayangan dia..(peras santan tul mamat ni)..Ok..aku teruskan cite k..dari Kuala Lipis, aku terus menuju ke Merapoh..Ketika sampai di Bukit Tujuh ke ape namanya tempat bukit tinggi yang lori selalu merayap cam kura-kura tu, terasa sejuk je angin di situ..tenang betul rasanya..Selepas je sampai di Merapoh, hatiku melonjak2 gembira..mane tak nya..dah nak masuk sempadan negeri Kelantan..Aku kemudiannya berhenti rehat dan solat di Masjid Gua Musang..Jam ketika itu menunjukkan pukul 4..

Usai solat and rehat untuk meregangkan urat, aku meneruskan perjalanan menuju ke Kuala Krai..(memori tul tempat ni..kenapa??ada la..) Dari Gua Musang ke Kuala Krai, minyak motor aku hampir empty..cari stesen minyak takde lak..jarak ke Kuala Krai ada lagi dalam 20km..time tu mmg bimbang takut tak sempat..tapi Alhamdulillah aku sempat juga sampai di stesen minyak SHELL kira2 2km dari Kuala Krai..After rehat kejap, aku teruskan perjalanan..Hati dah melonjak gembira time tu coz dah nak sampai KB..Wajah family terus terbayang dalam fikiranku..yang paling happy nak jumpa DAMIA...hehe..Alhamdulillah jam 6.40pm, aku selamat sampai kat umah..fuh..sakit jugak la belakang ni tapi best..mmg satu pengalaman yang menarik..before ni my mum selalu ejek aku ni lembutlah, lembiklah and macam2 lagi..sekali aku balik tunggang motor, terus je senyap..hehehe..mmg satu kerja yang gila balik on the spot dengan motor but its really nice experience..

Malam tu, ape lagi..tak dapat tido den coz tangan ni lenguh..padan muka den..hahaha..esoknya hari Sabtu, aku kuar awal pagi untuk berjumpa sahabatku di KBMALL...Dapat hadiah sehelai T-Shirt drpd sahabtku sempena my birthday last May 23..Nice shirt my fren..Thanks a lot..lama juga kitorang lepak2 kat sana till jam 1 lebih..Then aku ke rumah kawan sekolah rendahku untuk memenuhi undangan perkahwinannya..Tahniah untuk Siti Shalwani bt Zakaria dan suaminya..name ape aku tak ingat..tapi rasa2nya Sakimi ke ape..sorry Wani..nanti reunion aku berkenalan betul2 dengan ur hubby..Pagi Ahad, jam 8am, aku terus bertolak ke IIUM Gombak melalui jalan sama yang aku lalui untuk pulang ke KB..Alhamdulillah jam 2.30pm, aku selamat sampai di IIUM Gombak..

Fizrash,
E2.3,
Mahallah Zubair Al-Awwam
IIUM

No comments:

Post a Comment