Sunday, March 1, 2009

Cuti hujung minggu..

Agenda aku pada hari minggu ini bermula pada jam 9 pagi..Selesai menyiapkan diri, aku terus turun ke garaj motor untuk mencuci motor kesayanganku, DBK 390..Tepat pukul 10.05, aku terus menghidupkan enjin motor dan menuju ke UNIKL-BMI untuk menghantar Syuk ke Greenwood untuk menaiki bas ke Kota Bharu. Kemudian aku patah balik ke UIA dah bersiap ala kadar untuk memulakan agenda yang ketiga..Setelah bersiap, aku terus menaiki motor menuju ke MRR2 dan seterusnya ke UPM Serdang..Sekitar pukul 11.30, aku selamat sampai di Kolej Kediaman Kedua UPM untuk mengambil Faqimi.. Seterusnya kami bertolak ke Nilai untuk bertemu rakan-rakan ex-SMU(A) Maahad Muhammadi Lelaki yang kini belajar di USIM..Kami bertemu Aizat atau lebih dikenali dgn SPYJAK di kampus USIM..Dia membawa aku dan Faqimi bersiar-siar di sekitar USIm..Kemudiannya kami ke Nilai 3 untuk bertemu rakan lamaku yang tinggal di hostel USIm yang dikenali dgn nama Nilam Court dan seterusnya ke Sutera Indah di mana Fadzlan, Abrari dan Aizat mendiaminya..Usai solat Zohor di bilik Fadzlan, kamu seterusnya di bawa ke Pasar Nilai 3. Banyak kedai yang menjual aksesori rumah, perabot, karpet dan kain..Aku dan rakan2 hanya bersiar2 sahaja kerana tiada apa yang menarik bagi kaum lelaki di sana..Bagiku tempat itu hanya tempat bagi kaum Hawa sahaja..Hehehe..Kali ini Faqimi yang menunggang motorku dan aku hanya membonceng di belakang kerana penat setelah berjalan jauh.. Selepas itu Fadzlan membawa kami ke kedai makan..Katanya mee sup di situ best..Aku tidak sempat merasai mee sup itu kerana aku tinggalkan mereka di kedai itu dan untuk ke Centre for Foundation Studies IIUM, Nilai Campus untuk bertemu kenalanku..Tepat jam 5 petang, aku dan Faqimi meminta diri untuk pulang kerana Faqimi telah berjanji dengan Yirozamir untuk menyerahkan tiket bas yang dikirim oleh Yirozamir di Stesen Bas Kajang..Kami berhenti solat Asar di Masjid Al-Hasanah, Bangi..Usai solat, hujan mula turun renyai-renyai..Dalam perjalanan ke Stesen bas Kajang, hujan mulai lebat memaksa kami berhenti teduh di stesen minyak.. Alhamdulillah sekitar jalm 7.15 petang, hujan mulai reda..Kami kemudiannya meneruskan perjalanan..Sesudah sampai di stesen bas, kami menunaikan solat maghrib di surau stesen bas dan menunggu Yiro sampai..Setelah berjumpa Yiro dan menyerahkan tikat bas, aku dan Faqimi menuju ke Restoran Sate Kajang..Lapar punya pasal, aku makan dengan bersungguh..Alhamdulillah kerana perut telah diisi penuh..Hehehe..Kemudiannya aku menghantar Faqimi ke UPM dan menyambung perjalanan menuju ke UIAM..Alhamdulillah tepat jam 10.30, aku selamat sampai di Mahallah Zubair, J3.1..






FizRash,
J3.1,
Mahallah Zubair Al-Awwam,
IIUM.

No comments:

Post a Comment