Thursday, January 8, 2009

Duhai umat Islam

Nasib apakah yang menimpa
Umat Islam di seluruh dunia
Sentiasa diburu sentiasa dihina
Tiada siapa yang dapat membela

Apa yang belaku di Palestin
Adalah lambang kedengkian Yahudi
Bukan memberi kebebasan agama
Kerana Islam musuh mereka

Saudara kita ditembak dan disembelih
Saudara kita dihancur dan dileburkan
Saudara kita dibelah dan dibekukan
Saudara kita dimusnah dan diletupkan

Berkecai tubuh mereka
Kelihatan tulang dan juga isinya
Anak menjadi yatim tiada berbapa
Si isteri pula menjadi janda

Titisan darah-darah itu
Perlu dibayar dengan setimpalnya
Secebis daging yang jatuh dan hancur
Secubit kesakitan yang ditanggung

Duhai umat Islam bangunlah segera
Bebaskan rakanmu juga saudara
Sedang musuh-musuh mu berpesta disana
Bermaharajalela membunuh dunia

Kepada syuhada' di Palestin
Kepada syuhada' di seluruh dunia
Bidadari syurga rindu menjemput mu
Kedatangan syahid yang amat dirindu

No comments:

Post a Comment