Assalamualaikum..telah agak lama aku tidak update blog ini..Memang agak memalukan bagi aku kerana telah meninggalkan blog untuk waktu yang agak lama walhal aku baru sahaja berjinak-jinak dengan alam blog ini. Bukan sengaja aku meninggalkan blog ini tetapi waktu yang tidak mengizinkan aku untuk mengupdate blog ini. Namun sebenarnya bukan juga kerana masa tidak mengizinkan tetapi hanya aku yang tidak pandai membahagi masa..(hehehe..kantoi).. Sebagai student, masa aku banyak dihabiskan bergelumang dengan assignment, study, quiz and test. Tambahan dengan pengkhususan biotechnology yang memerlukan aku membaca lebih daripada biasa menjadikan masa aku bertambah padat. Jadual kelas bermula 11.30 pagi - 6.30 petang pada hari isnin dan rabu tetapi ditambah kelas family and parenting pada hari rabu bermula jam 8.00 hingga 10 malam manakala pada hari selasa bermula jam 8.30 pagi hingga 6 petang. Alhamdulillah hari khamis, aku hanya mempunyai satu kelas pada waktu pagi dan hari jumaat hanya satu kelas tutor pada waktu petang. Masa yang ada hanya digunakan untuk review subject dan tido. Terlalu nikmat bila dapat tidur dengan nyenyak selepas menyiapkan assignment. hehe.. Ketika aku menaip ini, aku baru sahaja menghadapi midterm exam materials engineering malam semalam, menyiapkan eksperimen microbiology pagi tadi dan menghantar assignment organic chemistry petang tadi. Alhamdulillah..malam ni boleh tidur lena sedikit. Mata sudah mengantuk. Sehingga berjumpa lagi..Wassalam..
Mohd Hafiz bin Rashid
Mahallah Zubair, J3.1
IIUM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment