Tuesday, January 6, 2009

Hari yang amat memenatkan

Assalamualaikum..


Hari ini merupakan hari kedua untuk minggu ketiga semester. Hari yang sungguh memenatkan bagiku. ape tak nye..Eksperimen terpaksa dilakukan dua kali.. Petang ini, sesi lab telah dibahagikan kepada dua kumpulan yang mana kumpulan aku melakukan eksperimen pada hari Selasa iaitu hari ini dan kumpulan yang satu lagi pada petang khamis. Hari ini juga aku telah mendapat jubah lab baru (selepas melayang RM50) serta 'partner' baru, Saifullah bin Sallehuddin. Kami telah diberi 'compound' berwarna putih yang tidak diketahui namanya dan memerlukan kami menjalankan eksperimen untuk mengetahui jenis 'compound' tersebut.

Sambil membuat eksperimen, aku berbual dengan Saiful dan mengetahui kampungnya terletak di Melor iaitu Kampung Kolam. Rupa-rupanya mamat ni sekampung dengan sahabatku, Ahmad Farhan Basyir yang kini berada di bumi Jordan. Pada langkah terakhir eksperimen, prosedur pada lab manual memberikan langkah yang salah. Ini menyebabkan kami tidak mendapat keputusan yang dikehendaki. Betapa tensionnya rasa di hati ditambah pula perut yang sangat lapar..Huhu..Kami dikehendaki membuat semula eksperimen sehinggalah kami berjaya mendapat keputusannya dan mendapati 'compound' yang diberikan kepada kami adalah 'benzoic acid'.

Alhamdulillah syukur kepadaNYA kerana mempermudahkan kerja kami pada kali kedua. Apabila siap semuanya termasuklah melengkapkan 'data sheet', jam menunjukkan 5.15 petang. Bermakna sudah 15 minit tutorial organic chemistry bermula. Aku dan Saiful terus berlari ke kelas tutorial. Dalam hati tuhan saja yang tahu betapa letihnya aku time tu. Pukul 6.15, tutorial tamat dan aku terus berjalan pulang ke hostel untuk mandi dan solat asar. Usai solat, aku terus membuka komputer untuk surf internet. Ketika post ini ditaip, perutku menyanyi dengan riang meminta untuk diisi. :-)

Sehingga berjumpa lagi.

FizRash
J 3.1,
Mahallah Zubair Al-Awwam,
IIUM.

1 comment:

  1. Kim saley bbanyok la ko saifullah... tok taula aku kena ko dok.. hehe, 3ala kulli hal, bittaufeq wan najah

    ReplyDelete