Tuesday, February 10, 2009

Dinner...

" Assalamualaikum pih..wat gapo?" Taufiq tiba2 menelefonku
" Takdop wat gapo2..Bakpo?"
" Gini..7 Februari ni, adow dinner dgn Tok Pa (Datuk Mustapha Mohammad)..Nak gi tak?"
" Kat mano? Bulih jugok"
" Kat Hotel Blue Wave, Shah Alam..Aku ajok Jaji and Pa'an skali"
" Bereh..Kiro jadi la.."
" Ok..apo2 hal aku roger"

Itu antara perbualan aku dengan Taufiq kira-kira 3 minggu yang lalu..dan pada petang 7 Februari yang lepas, iaitu hari Sabtu, aku bersiap-siap untuk ke majlis makan malam tersebut.. Dah siap semua, pakai kemas-kemas, aku bergerak ke bilik Taufiq.. Janjinya pukul 6.30 nak gerak ke Shah Alam.. Setibanya di bilik Taufiq, ada masalah pulak..Pa'an belum pulang dari Nilai..Walhal kami dah sepakat nak guna kereta pakciknya..Tunggu punya tunggu, abis hilang bau perfume and berpeluh, pukul 7.10 petang, barulah mamat tu sampai di UIA..Pukul 7.15 petang, kami bertolak dari Mahallah Zubair ke tangga besar UIAM kerana budak perempuan menunggu kami di sana..Aku, John, Jaji, Farah Izati and Pa'an satu kereta manakala Taufiq memandu kereta yang dipenuhi oleh rakan2 Farah...Di pertengahan jalan menuju ke highway KESAS, jalan pulak jem..adoi..dah lewat ni..semuanya menyalahkan Pa'an yang lambat sampai..Setelah berada di dalam kereta selama satu jam lebih, kami akhirnya sampai di hotel Blue Wave..Alhamdulillah kami tidak memakan buah langsat( sesat)..Hehe..Selepas solat maghrib, kami terus ke Dewan Sri Perdana..Acara baru je bermula..Kami duduk semeja bersama abang2 dari HIKMAH ( Himpunan Nelayan Kebangsaan) kalau tak silap..Selepas Datuk Mustapha Mohamad merasmikan majlis makan malam dan melancarkan tabung derma untuk saudara di Palestin, makan malam pun bermula..Tanpa segan silu, kami pun makan la dengan sepuas hati..mujur la makan semeja dengan abang2 yang tak tahu malu..Diorang siap minta nasi tambah lagi..Kami pun menumpang la sama..hehe..Hidangan malam itu punya la best..Rugi kalau tak menambah nasi..hehe..Selepas makan, majlis dimeriahkan dengan persembahan daripada Pija mentor dan Bienda(sekarang popular dengan nama Cik Nor gara2 filem budak kelantan)..Selesai je majlis pada pukul 11.30, aku terus ke depan dan berjumpa dengan pengerusi majlis pada malam itu, iaitu Nurul Syuhada..Sempat la mengambil gambar sekeping untuk kenangan..(Jangan jeles)..hehe..Selepas itu, kami bertolak pulang..Sampai je dekat jalan Batu Caves, kami terpaksa patah balik memasuki bandar Kuala Lumpur kerana jalan jem ekoran perayaan Thaipusam..Tepat pukul 1.15, kami sampai di UIAM..









No comments:

Post a Comment