Saturday, January 3, 2009

Di Sana Ada Air Mata

Di sana ada air mata
Yang gugur kaku dan kecewa
Tiba masa peluru dan senjata
Inikah pilihan yang harus dipinta


Di sini aku berdiri
Di bumi Malaysia yang aku kasihi
Di Palestin saudaraku terus menanti
Kemanusiaan yang hilang erti

Hantar segera darahku ke sana
Agar mereka bisa kembali bernyawa
Jangan Kau pudarkan semangat yang membara
Biar Israel durjana melutut di kaki mereka

Doa dan semangat ku tetap bersamamu
Ku kirim kan selalu di dalam sujudku
Walaupun kita mungkin tidak bertemu
Tetapi darah ku semerah perjuangan mu

~Bersama doakan saudara Islam di Palestin dan di semua tempat~

6 comments:

  1. "Hantar segera darahku ke sana"

    dermo daroh ko guano? kat jordan, kerajaan sini buat program derma darah seluruh negara, untuk anta ko Gaza..

    ReplyDelete
  2. Tu kiasan la..Maknanya kalu bulih gi tolong saudara Islam kita kat sana, maknanya leh menyelamatkan nyawa saudara kat sana..Insyaallah..Jordan wat prog derma darah tapi bakpo tutup sempadan??

    ReplyDelete
  3. Soalan2 politik semaso ni kena tanyo oghe macey Prof Agus ko.. sapo2 yg sewaktu la.. aku tok gheti nk jawab..

    Gaza hok keno bedil lo ni tu, sempadan ngan Mesir n Israel.. Jordan sempadan ngan West Bank..

    pastu, sempadan WestBank-Jordan ni Israel yg kawal belah palestin.. gitulah kuca lanar abih bumi Al-Quds ni..

    pakak2 doa la.

    ReplyDelete
  4. http://www.sott.net/image/image/9591/israel-palestine_map.jpg

    ReplyDelete
  5. aii..pelik la aku..bakpo la presiden mesir tu bersekongkol dgn israel..aku baca dalam palestinkini.info:

    Ahad ,04/01/2009 - Presiden Mesir , Husni Mubarak berkata pada hari Khamis bahawa beliau tidak boleh sempadan lintasan Rafah untuk bantuan kemanusiaan tanpa satu persetujuan daripada Israel." Note:
    sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
    penterjemah : gunx

    ReplyDelete
  6. ada audio untuk lagu ni? (format mp3,cd dll.....)

    ReplyDelete